Teaser Pertunangan Amerul + Eyka

Bismillahirrahmanirrahim...




1.1.11 : Tarikh keramat untuk pasangan AMERUL & EYKA, tarikh di mana majlis pertunangan mereka telah berlangsung di Felda Keratong 10, Pahang. Aku telah dijemput oleh mereka berdua untuk bersama dalam majlis tersebut dan termasuk gak untuk menjadi jurufoto rasmi untuk majlis pertunangan dorang berdua ni. Malam sebelum majlis, semua sibuk membuat persiapan di rumah belah lelaki. Aku pun ikut tumpang sibuk sambil-sambil ambik gambar persiapan dan barang-barang hantaran dari pihak lelaki.


Pihak lelaki telah memilih warna maroon sebagai warna tema hantaran. Mula-mula cadang 5 dulang je... Sebab ada yang murah hati nak sponsor, so hantaran bertambah lak jadi 7 dulang. Bestnye bila ada yang sponsor.

Rombongan bertolak ke Felda Keratong 10 lebih kurang jam 8.00 pagi sebab dah bajet masa untuk sampai sana dalam tengahari. So boleh la cepat sikit balik nanti. Perjalanan ambik masa dalam 3 hingga 4 jam untuk sampai ke sana.

Rombongan diketuai oleh bapak pihak lelaki dan disertai oleh segerombolan (ade 6 buah kete la maksudnye tu) mengiringi rombongan ke sana. Sepanjang merentasi perjalanan yang penuh adventure tu, banyak kali jugak la kitorang cari stesen minyak... (disebabkan terlalu banyak minum air)... hehehehe..... Yela, jauh tu nak pi Felda Keratong 10 ni sebenornya.... Tapi, diteruskan juga kerana nawaitu yang cukup murni ni...hihihi....

Setelah mengharungi perjalanan yang penuh adventure ni, rombongan kitorang pun sampai lebih kurang jam 12.30 tengahari. Sesampainya kitorang di depan rumah pihak perempuan (Eyka), kitorang disambut mesra oleh keluarga dan sanak saudara Eyka. Terus hilang rasanya penat lelah ni serta merta. Rasa excited plak nak tengok satu majlis yang penuh bersejarah iaitu majlis pertunangan Amerul dan Eyka ni...

Masa masuk rumah tu, aku tiba-tiba rasa gelap semacam... Dah rasa macam salah masuk rumah pun ada... La... rupanya rumah tersebut mengalami gangguan elektrik... Habis bergelap a.k.a romantik jugak la kitorang waktu tuh... Dan ini merupakan salah satu cabaran terbesar buat aku, sebab kena pk double triple camane nak cari lighting yang cukup untuk amek gambar yang terbaik untuk mereka...

Dengan bantuan assistant berjaya a.k.a wife tersayang, aku cube juga mengadakan lighting semaksimum mungkin. Memang sengsara la nak cari lighting bila shooting indoor ni (sampai kena guna hand phone 2 3 biji untuk kuakan lampu kasi bilik tu terang skit)... Kesian gak kat Eyka... dengan berpeluh-peluh, namun tetap sempoi kasi pose terbaik untuk aku jadikan tatapan semua...

Apapun tugas harus diteruskan sebab aku kena wat yang terbaik memandangkan ni job pertama aku secara solo dan aku perlu pastikan hasilnya nanti harus memenuhi citarasa pelanggan...hehehehe

Walaupun dalam keadaan gelap tanpa bekalan elektrik, majlis diteruskan dan Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Aku tetap dengan tugas aku mencari pose-pose menarik sepanjang majlis tersebut.

Selesai semua urusan perbincangan dari kedua belah pihak dari nilai wang hantaran (RM*,000.00) sehinggalah tarikh majlis akan berlangsung, tetamu semua dihidangkan dengan sedikit jamuan dari pihak perempuan. Aku macam biasalah terpaksa makan pada dulang yang terakhir (bukan sisa-sisa yek) disebabkan sibuk mengklik-klik saat-saat menarik yang berlaku sepanjang majlis tersebut. Kenyang gak lah makan hidangan yang disediakan.

Habis je makan, aku terus ajak bakal pengantin ni pi shoot skit gambar kat luar rumah (ala,macam shoot outdoor la lebih kurang). Tapi yang buat aku tension, dorang ni sibuk lak ajak balik. Jadi aku tak dapat nak concentrate untuk dapatkan shot yang menarik memandangkan masa yang singkat. Jadi, ambik lah beberapa shot yang bersesuaian untuk dijadikan tatapan. Dorang ni tak patutlah, ade ke ditinggalnye aku, sampai sesat aku nak balik.

Grrrrrrrrrrrrrrrrrrr....

Tapi bagi aku, ni adalah satu pengalaman sebagai seorang photographer. Be prepared n well prepared...kuang...kuang...kuang...Ok lah aku rasa cukuplah untuk bingkisan kali ini...jumpa lagi untuk bingkisan yang akan datang yek. Ni antara pose-pose yang sempat aku rakamkan untuk tatapan semua pembaca. Aku sangat menghargai kepada sesiapa yang sudi memberikan sebarang cadangan, komen mahupun kutukan membina yang korang nak berikan. Mungkin ini boleh dijadikan panduan untuk aku pada masa akan datang...

cau...cin...cau... ni antara gambar-gambar sepanjang majlis tersebut...


























Wassalam.



* Nota kaki: Pada yang ingin membuat tempahan untuk fotografi majlis korang, boleh hubungi kami secepat mungkin untuk pertanyaan dan perbincangan lanjut. Harga boleh kaw tim ma....





Fertography Studio (MP0005663-D)

"Tatkala Sekeping Foto Berbicara"

no. 17236, jalan 11, 
selayang pandang, 
68100 batu caves, selangor darul ehsan.
tel/sms :: 017-2348086 | 012-249 5833 | 
email :: amir.fertography@gmail.com
blog :: www.fertografi.blogspot.com
facebook :: www.facebook.com/FertographyStudio




0 komen:

Post a Comment